[TIPS URUS WANG DENGAN BERGAYA]
Gaji rata-rata ramai yang dah masuk akaun masing-masing. Ada yang dapat akhir bulan ada juga yang dapat awal bulan.
.
Harini saya nak share urus wang dengan lebih berkesan. Kalau nak tau kena baca sampai habis ye.
.
1 Sediakan bajet dan patuhinya. Kena mulakan harini juga, sebab makin lambat awak bertangguh makin ke laut lah bajet nanti. Last-last habis macam tu je duit.
2.Simpan sebahagian duit gaji.
Menabunglah walau sedikit. Sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan awak. Kalau tak dapat simpan 10%, simpanlah semampu yang awak boleh.
3.Belanja ikut kemampu. Jangan guna pepatah “biar papa, asalkan bergaya”. Belanja mesti kurang daripada pendapatan awak.
4.Awak mesti jadi pembeli yang bijak. Pilih tawaran yang terbaik.
5.Tabung kecemasan mesti disediakan. Kut-kut lah ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Tabungan ini perlu disediakan sekurang-kurangnya enam bulan perbelanjaan bulanan awak.
6.Bayar bil tepat pada masanya. Lambat nanti kena penalti pulak kan?
7.Pelbagaikan pelaburan. Jangan tumpukan kepada satu sumber pelaburan sahaja. Kata pelabur hebat “don’t put all eggs in one basket” maksudnya jangan masukkan semua duit dalam sesuatu sumber pelaburan mesti dipelbagaikan supaya risiko dapat dikurangkan.
8.Berwaspada dengan skim cepat kaya.
Usah percaya dengan kata janji manis, katanya pulangan akan dapat lebih 20% setahun. Kalau awak rasa return yang dijanjikan itu tak masuk akal, percayalah itu bohong semata-mata.
Itu je yang saya nak share harini. Lain hari kita share benda lain pulak.

Comments
Post a Comment